fbpx

Prestasi Izzuddin-Sze Fei tidak bagus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IZZUDDIN-SZE FEI perlu bersaing dengan juara dunia Aaron Chia-Soh Wooi Yik serta gandingan profesional, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin jika berhasrat melangkah kaki ke Sukan Olimpik.

AKSI tidak menentu beregu lelaki kebangsaan, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei berterusan selepas mereka tersingkir pada pusingan pertama Kejohanan Badminton Terbuka India di New Delhi kelmarin.

Pada perlawanan tersebut, beregu yang berada pada ran­king ke-10 dunia itu terpaksa akur dengan kekalahan straight set 19-21, 17-21 kepada wakil China, Ren Xiang Yu-Tan Qiang dalam tempoh 43 minit.

Keputusan tersebut menyaksikan Izzuddin-Sze Fei tersingkir di pusingan awal dua kali berturut-turut selepas mengalami nasib sama ketika beraksi pada kejohanan Terbuka Malaysia minggu lalu.

Pengarah Kejurulatihan Beregu Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky tanpa berselindung mengakui bimbang dengan aksi terumbang-ambing yang ditampilkan anak-anak buahnya itu dalam dua kejohanan awal musim ini.

“Risau itu pasti tapi saya tidak mahu komen apa-apa. Apabila mereka pulang, saya akan jumpa dan bercakap dengan mereka kerana kalah dua kali berturut-turut di pusingan pertama sangat tidak bagus,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Situasi itu pastinya bukan sesuatu yang baik buat skuad beregu lelaki negara memandang­kan kutipan mata kelayakan ke Sukan Olimpik Paris 2024 sudah semakin hampir iaitu Mei depan.

Berdasarkan peraturan ditetapkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF), setiap negara boleh menghantar maksimum dua beregu dalam setiap acara ke Paris dengan syarat mereka berada dalam kelompok lapan terbaik ranking kelayakan Olimpik.

Perebutan dua slot beregu lelaki ke Sukan Olimpik tahun depan pastinya berlangsung sengit memandangkan Izzuddin-Sze Fei perlu bersaing dengan juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik serta gandingan profesional, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin yang menghuni ranking kelapan dunia.

Sementara itu, Aaron-Wooi Yik meneruskan kemaraan ke pusingan kedua Terbuka India selepas menundukkan rakan sepasukan, Man Wei Chong-Tee Kai Wun 23-21, 21-10 pada pusingan pertama semalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI