fbpx

Piala Dunia: Giliran New Zealand mangsa Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain Malaysia, Faizal Saari (tengah) meraikan gol jaringannya ketika menentang New Zealand pada Kejohanan Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) Odisha Hoki Piala Dunia Lelaki 2023 Bhubaneswar - Rourkela, India di Stadium Hoki Kalinga hari ini. GAMBAR oleh FARIZ RUSADIO

BHUBANESWAR – Malaysia membuktikan kehebatan sebenar apabila menjinakkan pasukan ranking kesembilan dunia, New Zealand 3-2 pada aksi Piala Dunia Hoki 2023 di Stadium Kalinga sebentar tadi.

Kejayaan itu mengesahkan status skuad hoki negara sebagai naib juara Kumpulan C dan mara ke peringkat cross over menentang pasukan ketiga Kumpulan D sama ada India, England atau Sepanyol pada Ahad ini.

Malaysia yang menghuni ranking ke-11 dunia, meraih dua gol dalam perlawanan itu menerusi jaringan padang Faizal Saari (m-9) dan pukulan sudut penalti Muhammad Razie Abd. Rahim pada minit ke-43.

Bagaimanapun, The Black Sticks bangkit menyamakan kedudukan dengan dua gol pantas dalam tempoh seminit menerusi Hayden Phillips dan Sam Lane pada minit ke-52 serta 53.

Faizal kemudiannya muncul wira buat skuad negara apabila meledak gol kemenangan ketika aksi berbaki tiga minit lagi sebelum tamat. – KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI