fbpx

Pengunjung Pantai Sungai Kajang mungkin kena pohon permit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Loy Sian ketika ditemui pemberita pada majlis tersebut. FOTO SADDAM YUSOFF

KUALA LANGAT – Para pengunjung Pantai Sungai Kajang di Tanjong Karang dekat sini, berkemungkinan perlu memohon permit untuk aktiviti rekreasi mereka.

Pengerusi Tetap Jawatankuasa Pelancongan dan Alam Sekitar, Hee Loy Sian berkata, ini berikutan lokaliti tersebut adalah kawasan hutan simpan paya bakau dan berlaku pencerobohan yang merosakkan persekitaran terutamanya pokok bakau.

Katanya, pihaknya sememangnya ingin membuat penanaman semula paya bakau di kawasan berkenaan dan dakwaan mengatakan pihaknya sengaja untuk sekat atau tidak benarkan pengunjung beriadah adalah tidak benar.

“Dari dahulu, kita tak benarkan masuk kawasan hutan simpan. Hutan simpan bukan setakat kawasan yang mempunyai pokok-pokok tinggi, tetapi juga paya bakau. Kalau hendak masuk hutan simpan kena mohon (permit),” katanya ketika ditemui selepas pelancaran Festival Tanglung dan Bunga sempena Tahun Baharu Cina 2023, hari ini.

Jelas Loy Sian, beliau akan berbincang dengan JPNS bagi menyelesaikan pertikaian tersebut selain memudahkan penduduk setempat untuk beriadah di sana dan turut memaklumkan akan turun padang dan melihat sendiri lokaliti tersebut nanti.

“Terlalu ramai orang dan peniaga di sana sampai hilang kawalan, jadi kita tak mahu tragedi (insiden tidak diingini) berlaku. Saya juga akan bincang dengan JPNS berkenaan tindakan yang diambil. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI