fbpx

Pemimpin Kerajaan Perpaduan perlu cari formula tangani masalah rakyat – Ahmad Shabery

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Shabery.

PETALING JAYA – Pemimpin yang berada dalam Kerajaan Perpaduan perlu cari formula terbaik dalam menangani isu berkaitan rakyat.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata formula itu perlu betul dan kesemua mereka harus bekerja keras bagi memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

“Jadi kerajaan susah sikit. Sebab orang nak tengok bila Ringgit (Ringgit Malaysia) nak sama seperti 2018, bila pasaran saham nak melonjak semula seperti sebelum 2018, bila pelabur datang berduyun-duyun seperti dahulu. Berapa tinggi pula dividen Tabung Haji, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan lain-lain. Paling susah fasal ayam dan telur.

“Susah semua ni, kena ada formula yang betul, harus kerja kuat dan kurang cakap. Selain itu, bukan cari fasal dengan rakan-rakan yang sama-sama dalam kerajaan,” katanya nenerusi hantaran di Facebook hari ini.

Tambahnya, kerajaan ketika ini perlu mengambil ikhtibar pentadbiran Pakatan Harapan (PH) selama 22 bulan agar ‘virus’ mengata sesama sendiri secara terbuka tidak berulang.

“Virus begini belum ditemui vaksin, Semasa pembangkang siapa pun boleh bercakap dan syok bercakap. Tak perlu disiplin,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI