PELAKON jelita Korea Selatan, Lee Se-young terkejut selepas mengetahui bahawa ketinggiannya semakin berkurangan.
Se-young mendedahkan berat dan ketinggiannya yang sebenar dalam hantaran InstaStorynya.
Dia memuat naik keputusan pemeriksaan kesihatan yang dibuat secara tahunan dengan kapsyen: “Terkejut”.
Menurut keputusan pemeriksaan berkenaan, dia kini mempunyai berat 51 kilogram (kg) dengan ketinggian 160 sentimeter (sm).
Dari situ, Se-young menyedari ketinggiannya ‘menyusut’ sebanyak tiga sentimeter berbanding sebelum ini.