fbpx

Didenda RM10,000, hantar gambar lucah dalam Telegram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHAMAD Asyraf didenda RM10,000 atas pertuduhan menghantar gambar lucah menerusi aplikasi Telegram di Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar hari ini.

KUALA KANGSAR – Bapa kepada seorang anak dijatuhi hukuman denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan menghantar gambar lucah menerusi aplikasi Telegram tiga tahun lalu.

Tertuduh, Muhamad Asyraf Ahmad Suhaimi, 28, juga berdepan hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda berkenaan.

Hukuman itu dijatuhkan selepas Muhamad Asyraf mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Rohaida Ishak.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi iaitu imej yang lucah sifatnya dengan niat untuk menganiaya orang lain.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu melalui aplikasi Telegram dengan nama akaun ‘Acap’ pada pukul 1.57 pagi, 8 Januari 2020.

Hantaran itu kemudiannya dilihat pada pukul 10 pagi di Persiaran Putri 3/16, Taman Chandan Putri 3, Kuala Kangsar pada 9 Januari 2020.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama.

Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda RM50,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI