fbpx

Demam babi Afrika masih terkawal di Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SIVANESAN (tengah) bercakap pada sidang akhbar di Batu Gajah hari ini.

BATU GAJAH – Penyakit demam babi Afrika (ASF) masih lagi terkawal di negeri ini dengan hanya dua daerah terlibat dengannya.

Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan dan Hal Ehwal Masyarakat India, A. Sivanesan berkata, dua daerah yang terlibat dengan empat kes direkodkan bagi ASF dari Disember lalu hingga awal tahun ini ialah di Batang Padang dan Kuala Kangsar.

“Setakat ini, penyakit ini tidak tersebar di kawasan lain dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dan Jabatan Kesihatan negeri sentiasa melakukan pemantauan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Pada masa sama, beliau berkata, rakyat tidak perlu bimbang kerana penyakit tersebut tidak akan menjangkiti manusia.

“ASF ini tidak akan merebak kepada manusia. Jadi, semua tidak perlu takut,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan bahawa Perak mencatatkan 11 kes ASF sejak tahun lalu iaitu satu kes di Hilir Perak, Batang Padang (lima), Kerian (dua) dan Kuala Kangsar (tiga).

Menerusi laporan tersebut, Sivanesan berkata, 12.1 peratus daripada keseluruhan 91 ladang babi di negeri ini telah dijangkiti ASF dan jumlah babi yang dilupuskan sebanyak 8,488 ekor melibatkan kerugian dialami penternak dianggarkan RM12 juta.

Beliau berkata, kesemua ladang yang disyaki dan disahkan dijangkit ASF telah diarahkan tindakan kuarantin, selain sekatan pergerakan di semua ladang yang terletak dalam 2 kilometer radius dari ladang terlibat.

Turut disekat pergerakan, katanya ialah ladang yang menggunakan lori pengangkut babi yang sama, dengan tempoh sekatan adalah sehingga survelan selesai. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI