PETALING JAYA – Cuaca yang baik dan cerah diramal di seluruh negara pagi ini.
Ia berikutan tiada sebarang amaran ribut petir dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) setakat pukul 8.45 pagi ini.
Sementara itu, MetMalaysia dalam laporan di Facebooknya hari ini memaklumkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Sabah melibatkan Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) dan Kudat.
“Bagaimanapun, keadaan cuaca buruk itu sudah kembali reda pada pukul 6 pagi tadi,” katanya. – KOSMO! ONLINE