fbpx

Agong perkenan pemakaian pangkat kepada Tengku Hassanal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah ketika memakaikan pangkat kepada Tengku Hassanal di Istana Negara, hari ini.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan berangkat ke Majlis Pemakaian Pangkat kepada paduka anakanda baginda Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Istana Negara menerusi kenyataan di laman Facebook memaklumkan, majlis pemakaian pangkat itu disempurnakan kedua baginda kepada Tengku Hassanal yang dipakaikan pangkat Kapten di Istana Negara.

“Tengku Hassanal, yang sebelum ini berpangkat Leftenan, menamatkan pengajian ketenteraan di pusat latihan tentera tersohor dunia, Akademi Tentera Diraja Sandhurst, United Kingdom, pada Disember 2019 selepas menjalani latihan di akademi itu selama 44 minggu.

“Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong juga pernah menjalani latihan ketenteraan di Akademi Ketenteraan Diraja Sandhurst dari 1978 sehingga 1979 dan ditauliahkan oleh mendiang Ratu Elizabeth II pada tahun 1980,” kata kenyataan itu di sini hari ini.

Turut berangkat, Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilyana dan Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah.

Turut hadir pada majlis itu juga, Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN