fbpx

Wanita cantik derma najis untuk dimakan, tujuan perubatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kira diberitahu oleh doktor bahawa dia mempunyai najis yang sempurna. - Daily Star

LONDON – Seorang wanita yang dipuji oleh doktor- doktor sebagai mempunyai ‘najis yang sempurna’ dalam sebuah rancangan televisyen di Britain,  telah menderma najisnya untuk tujuan penyelidikan perubatan, lapor akhbar Daily Star semalam.

Wanita bernama Kira itu ditemu bual dalam program televisyen Know Your S**t oleh dua hos kembar, Alana dan Lisa MacFarlane.

Bercakap tentang najisnya yang sempurna, Kira berkata: “Saya bernasib baik diajar untuk makan makanan yang benar-benar seimbang dan sentiasa bersenam.”

Kira membentuk hanya 2 peratus daripada populasi manusia di dunia yang boleh menawarkan najisnya untuk rawatan bagi menyelamatkan nyawa.

Dia telah menderma najisnya untuk satu teknik ‘revolusioner’ di mana najis akan diubah menjadi kapsul perubatan untuk dimakan. 

Dalam pertukaran yang janggal, dia menyerahkan sebungkus najis kepada Dr. Blair Merrick yang memberi lebih banyak pandangan tentang rawatan itu.

“Kami mengambil bakteria sihat daripada  usus manusia  dan memberikannya kepada orang yang mempunyai masalah kesihatan, yang kami fikir boleh menjadikan mereka sihat dengan memperkenalkan bakteria sihat itu ke dalam badan mereka,” jelas Merrick.

Rancangan itu kemudiannya memaparkan video klip najis yang ditukarkan kepada bentuk serbuk untuk pembuatan pil dalam ujian klinikal. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI