PETALING JAYA –Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan memberi tujuh cadangan mengurangkan hutang negara kini mencecah RM1.5 trilion.
Menerusi ciapan di akaun Twitter miliknya berkongsi bagaimana langkah-langkah perlu diambil oleh kerajaan mengurangkan hutang yang terlalu tinggi ketika ini.
“Pertama, tambah pendapatan kerajaan, kurangkan ketirisan seperti rasuah, ketatkan penguatkuasaan seperti hapus penyeludupan dan kurangkan ekonomi gelap.
“Selain itu, tingkatkan pendigitalan ekonomi, elakkan segala bentuk pembaziran dan subsidi perlu bersasar,” katanya.
Semalam, Kosmo! melaporkan, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu negara kini berdepan bebanan hutang sebanyak RM1.2 trilion dan jumlahnya mampu mencecah sehingga RM1.5 trilion sekiranya digabungkan bersama aspek liabiliti.
Anwar turut menegaskan wakil-wakil kementerian perlu menerima hakikat tersebut dan tidak boleh berada dalam situasi selesa. – KOSMO! ONLINE