fbpx

Tetap untung walaupun jual minuman RM1 sebungkus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shahril Ahmad (kanan) dan Norfadilah Nordin menyediakan minuman untuk dijual pada harga RM1 sebungkus di gerai mereka dekat Pantai Johor, Alor Setar.

ALOR SETAR – Seorang peniaga di Pantai Johor di sini tetap bersyukur dapat meraih keuntungan walaupun menjual setiap bungkus air minuman pada harga RM1.

Shamsudin Ahmad, 57, yang sudah lebih 20 tahun berniaga air minuman berkata, dia mampu menjual sehingga 1,000 bungkus minuman daripada 20 jenis setiap hari bagi memboleh­kannya menampung kos operasi yang semakin me­ningkat.

“Sejak dari dahulu jual RM1, nak naikkan harga tak sampai hati sebab pelanggan kami adalah adalah pelajar sekolah.

“Kami jual lebih 20 jenis minuman dan paling popular ialah teh, Nescafe, teh hijau dan Milo ais,” katanya ketika ditemui di gerainya dekat Pantai Johor di sini semalam.

Jelas Shamsudin, gerainya dibuka bermula pukul 1 tengah hari hingga 1 pagi, namun akan tutup awal sekiranya kehabisan bekalan ais.

“Setiap hari saya akan menggunakan sebanyak 100 pek ais dan 288 tin susu untuk menjual lebih 1,000 bungkus minuman.

“Selain itu, kami juga ada menjual minuman-minuman lain seperti Neslo pada harga RM2 sebungkus,” tambahnya.

Katanya, dia kini dibantu adik, Shahril Ahmad, 40, dan isterinya, Norfadilah Nordin, 38; serta tiga pembantu.

“Walaupun harga RM1, saya akan pastikan sukatan untuk setiap minuman tidak dikurangkan sedikit pun. Biarlah rasanya sama seperti 20 tahun lepas. Berniaga kena ikhlas barulah rezeki berkat,” katanya lagi.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI