fbpx

Suami dipecat pura-pura pergi bekerja kerana takut isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang suami takut untuk memberitahu isterinya bahasa dia telah dipecat daripada pekerjaanya di Hong Kong. - AFP

HONG KONG – Seorang lelaki Hong Kong yang menganggur dan dipecat tahun lalu telah menghabiskan beberapa bulan dengan berpura-pura pergi bekerja kerana takut untuk memberitahu isteri dan keluarga tentang nasib malangnya, lapor portal South China Morning Post semalam.

Kesusahan lelaki berusia 46 tahun yang tidak didedahkan identitinya itu mirip kisah filem Tokyo Sonata pada tahun 2008 yang menggambarkan kehidupan rakyat biasa yang dibebani oleh kemelesetan ekonomi.

Selepas bermati-matian memohon hampir semua pekerjaan serupa dengan pekerjaan lamanya di laman web pekerjaan Hong Kong, dia masih tidak menerima maklum balas, demikian menurut Office Daily.

“Saya fikir telefon saya rosak kerana tiada panggilan balas,” lelaki itu merintih dalam mesej yang disiarkan oleh Office Daily di halaman Facebooknya pada 5 Januari lalu.

Lelaki itu berkata: “Saya tidak berani memberitahu isteri saya.”

Kesusahan menjalani kehidupan berpura-pura itu sukar untuk ditanggungnya. Lelaki itu mengharapkan cuti umum supaya dia mempunyai sebab yang sah untuk tinggal di rumah.

Walaupun mempunyai sedikit simpanan, lelaki pertengahan umur itu bimbang dia mungkin tidak dapat mengekalkan ‘penipuannya’ dengan lebih lama tanpa pekerjaan yang benar-benar bergaji.

Dia berkata dia akan terus berpura-pura semasa Tahun Baru Cina yang bakal menjelang akan dengan membeli pakaian baru dan memberikan bungkusan merah kepada anaknya seperti biasa.

Nasibnya telah mendapat perhatian ramai netizen.

“Saya harap awak dapat kerja yang baik segera,” kata salah seorang daripadanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI