fbpx

Singa betina bersifat playgirls

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Singa betina berpasangan lebih daripada satu jantan.

SINGA betina dikatakan memiliki sikap playgirls dan sering kali mempermainkan singa jantan.

Pakar tingkah laku haiwan di Universiti Minnesota, Amerika Syarikat, Stotra Chakrabarti menilai bahawa singa betina memiliki sikap itu dan sering mempermainkan lawan jenisnya.

“Ini merupakan hal biasa untuk singa betina yang menyelinap pergi sebelum singa jantan siap untuk berpisah,” katanya kepada Inside Science.

Dia berkata demikian bagi mengulas tentang gelagat di mana seekor singa betina menggoda singa jantan untuk bersama yang sempat dirakam dalam satu video.

Kebiasaannya, singa jantan dan betina yang berpasangan atau ‘berkahwin’ akan menghabiskan waktu bersama selama dua hingga lima hari.

Kebanyakan senggama berlaku pada hari kedua dan ketiga dan pada hari-hari tersebut, kedua-dua singa boleh berhubungan antara 50 hingga 70 kali sehari.

Berdasarkan laporan dari Lion Alert, singa betina bersifat polyoestrus di mana haiwan tersebut boleh memasuki masa berahi lebih daripada satu kali dalam setahun.

Singa betina biasanya boleh berpasangan dengan lebih satu singa jantan dalam masa berkembang biak.

Selain itu, singa betina diketahui bersenggama 100 kali setiap hari selang 17 minit dengan setiap senggama berlangsung selama 21 saat.

Selama tempoh hubungan seksual, singa jantan boleh dengan lembut membelai singa betina dengan lidahnya di bahagian bahu, leher atau punggung untuk memulakannya.

Menjelang akhir senggama, singa jantan dengan lembut akan menggigit bahagian belakang leher dan singa betina boleh mengaum dengan keras.

Apa alasan singa betina ‘berkahwin’ dengan begitu banyak singa jantan?

Alasannya adalah demi anak-anak mereka.

Singa betina akan kahwin atau berpasangan dengan banyak singa jantan agar anak-anak mereka tetap hidup.

Dengan mengawini singa jantan sebanyak mungkin, singa betina berharap singa jantan tidak membunuh bayi-bayi yang kemungkinan adalah anak mereka.

Singa jantan diketahui kerap membunuh bayi yang dihasilkan daripada singa yang menjadi saingan mereka.

Di sisi lain, singa betina juga berkahwin dengan banyak singa jantan adalah demi mencari keunggulan untuk keturunannya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI