fbpx

Penembak juruteknik masih diburu polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hoong Fong (dua dari kanan) ketika melancarkan Op Selamat Tahun Baru Cina di Shell Bandar Botanik, Klang, hari ini. FOTO: AFIQ RAZALI

KLANG – Polis mengesan suspek yang terlibat dalam kejadian tembakan terhadap seorang juruteknik kilang ditembak di hadapan rumah Jalan Limau Kasturi, Taman Wangi, Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, pihaknya telah merakam keterangan isteri serta dua ahli keluarga mangsa berhubung kes tersebut sebelum ini.

“Kami telah merakam percakapan mereka dan sedang menyiasat kes itu daripada pelbagai aspek.

“Sekiranya ada perkembangan baru berhubung kes ini, kami akan maklumkan kemudian,” katanya selepas melancarkan Op Selamat sempena Tahun Baru Cina di Shell Bandar Botanik, di sini, hari ini.

Kosmo! pada 8 Disember lalu melaporkan seorang lelaki terlepas ajal selepas hanya cedera di lengan kanan selepas ditembak dipercayai sebanyak tiga das oleh seorang suspek ‘bertubuh gempal’ di hadapan rumahnya di Jalan Limau Kasturi, di sini.

Mangsa berusia 40-an itu ditembak kira-kira pukul 7.15 pagi ketika ingin menaiki kenderaan untuk ke tempat kerja.-KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI