fbpx

Pembantu rumah asing antara lapan sektor dibenarkan RTK 2.0.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairul Dzaimee bercakap pada sidang akhbar berkenaan Taklimat Program Perlaksanaan Rekalibrasi Tenaga Kerja 2.0 (RTK) 2.0 di Kompleks D, di sini, hari ini.-GAMBAR FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) 2.0 yang akan dibuka untuk permohonan pada 27 Januari ini turut membabitkan sektor pembantu rumah asing (PRA).

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, sektor PRA itu antara lapan sektor yang dibenarkan menerusi RTK 2.0 itu.

Beliau berkata, pihaknya menetapkan sembilan negara sumber bagi PRA iaitu Thailand, Kemboja, Nepal, Laos, Vietnam, Filipina, Sri Lanka, India dan Indonesia.

“Majikan yang memohon untuk mendapatkan PRA dikehendaki membayar sejumlah RM2,085 iaitu jauh lebih murah berbanding mendapatkannya sendiri dari negara sumber.

“Mereka (majikan) akan dikenakan RM1,500 bagi fi rekalibrasi, levi (RM410), Pas Lawatan Kerja Sementara (RM50) dan caj pemprosesan (RM125),” katanya pada sesi taklimat bersama media di sini, hari ini.

Katanya, sektor lain yang dibenarkan termasuk perkilangan, pembinaan, perlombongan dan kuari, pengawal keselamatan, perkhidmatan, pertanian dan perladangan.

Khairul Dzaimee berkata, sektor yang masih dibekukan pula adalah perniagaan tekstil, tukang emas, tukang gunting rambut, rumah kebajikan dan kitar semula.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI