fbpx

Lelaki umur 97 tahun kahwin kekasih usia 30 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar perkahwinan Johana Maritim Butuk berkahwin dengan teman wanitanya yang berumur 30 tahun di Soy, Kenya pada Sabtu lalu. - Sally Chepkoech

NAIROBI – Seorang lelaki Kenya berusia 97 tahun, Johana Maritim Butuk menamatkan zaman bujang dengan mengahwini teman wanitanya yang berumur 30 tahun, lapor portal berita Legit semalam.

Majlis perkahwinan penuh warna-warni diadakan pada 14 Januari 2022 di Soy, daerah Uasin Gishu.

Bercakap kepada portal berita TUKO.co.ke, Sally Chepkoech iaitu ahli keluarga pengantin lelaki berkata, Butuk sebelum ini tidak pernah berkahwin dalam hidupnya.

Bagaimanapun, pada akhirnya, lelaki tersebut teruja untuk mencari teman hidup walaupun pada usia senja.

Chepkoech yang merupakan antara tetamu yang hadir dalam majlis perkahwinan tersebut menambah, keluarga dan rakan-rakan berkumpul untuk meraikan isteri Butuk.

Menuru Chepkoech, lelaki warga emas itu akhirnya tunduk kepada desakan supaya berkahwin selepas melihat semua anak saudaranya berkahwin.

Chepkoech yang memanggil Butuk sebagai bapa kerana dia adalah abang kepada bapa kandungnya berkata, wanita berusia 30 tahun itu, Alice Jepkorir juga teruja untuk mempunyai seorang suami yang akan membantu menjaga empat orang anaknya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI