fbpx

Lelaki tawar rantai emas kepada anggota polis didenda RM30,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sancheev dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Alor Setar hari ini atas pertuduhan menawarkan suapan kepada anggota polis.

ALOR SETAR – Seorang pekerja pasar raya mini didenda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menawarkan suapan rantai emas kepada anggota polis pada tahun lalu.

Hakim Rohatul Akmar Abdullah menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, V. Sancheev, 27, mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut.

Rohatul turut memerintahkan tertuduh dipenjara 12 bulan jika gagal menjelaskan denda dikenakan. Tertuduh bagaimanapun membayar denda tersebut.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa menawarkan seutas rantai leher emas bernilai lebih RM4,600 kepada seorang anggota polis berpangkat Sub Inspektor dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah.

Suapan itu didakwa sebagai balasan untuk anggota polis terbabit melepaskannya daripada dikenakan hukuman undang-undang bagi kesalahan memiliki dadah jenis methamphetamine.

Dia didakwa menawarkan suapan tersebut di sebuah hotel dekat Jalan Pintu Sepuluh di sini kira-kira pukul 2 petang, 7 September 2022.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI