fbpx

Lelaki dikhuatiri lemas terjatuh ke sungai ketika memancing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sungai Semantan dekat Lanchang di Temerloh, Pahang.

TEMERLOH – Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Semantan berhampiran Jambatan Mempatih di sini malam semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.57 malam itu mangsa Muhammad Ikram Abdul Jalal,23, terjatuh ke dalam sungai ketika memancing bersama abang dan sepupunya.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, bomba telah bergegas ke lokasi kejadian selepas mendapat panggilan bagi mencari mangsa daripada pihak polis.

“Pasukan bomba melakukan operasi mencari dan menyelamat di tempat kejadian sejak semalam dan disambung pada hari ini di sekitar kawasan kejadian,”katanya di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI