fbpx

Lebih 100 permohonan polis pengiring dari pihak sekolah di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhamad Zaki (dua dari kiri) beramah mesra dengan pengetua dan pelajar SMK Raja Sakti, Binjai dekat Kota Bharu hari ini. FOTO ROSMIZAN RESDI

KOTA BHARU – Polis Kelantan menerima lebih 100 permohonan dari pihak sekolah di seluruh negeri ini yang memohon bantuan polis pengiring semasa proses pengeluaran wang bantuan awal persekolahan (BAP) sejak seminggu lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, sehubungan itu, beliau telah mengarahkan kontinjen di semua Ibu Pejabat Daerah seluruh negeri agar terus memberi bantuan polis pengiring kepada sekolah yang memerlukan.

Menurutnya, selain sekolah, agensi-agensi kerajaan turut membuat permohonan bantuan polis pengiring bagi mengiringi tugasan yang melibatkan aspek kewangan.

“Bukan semua perkara memerlukan polis pengiring. Tetapi, kita akan melihat dan mengkaji risiko bagi setiap tugasan yang memerlukan kawalan keselamatan.

“Sekiranya pihak sekolah memerlukan kawalan polis pengiring, mereka boleh terus memohon. Kita akan menyediakan pengawai pengiring untuk membantu,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Program Engagement Kor-Sukarelawan Polis Siswa Siswi (Suksis) / Siswa Siswi Koreksional (Siskor) / Siswa-Siswi Pertahanan Awam (Sispa)/ Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Darat dan Laut Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Raja Sakti, Binjai di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI