fbpx

Kahwin di luar negara: Perlu daftar namun tetap akan didenda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saarani (lima dari kanan) menyerahkan sumbangan kepada pelajar sekolah dalam Program Teduhan Kasih di Bangunan Seri Ridzuan di Ipoh hari ini.

IPOH – Pasangan yang memilih berkahwin di luar negara termasuk Thailand akan diiktiraf jika mereka mendaftarkan perkahwinan di negeri ini tetapi tetap akan dikenakan denda.

Menteri Besar Perak yang juga Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam negeri, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, tiada masalah jika berkahwin di luar negara cuma perlu didaftarkan dengan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk).

“Tiada masalah cuma perlu berdaftar dengan negeri. Dengan erti kata lain, apabila berkahwin di luar negara dan balik ke Perak kena daftarkan dengan JAIPk tetapi akan ada denda yang dikenakan.

“JAIPk akan ikut keputusan Mahkamah Syariah. Kalau Mahkamah Syariah mengesahkan perkahwinan itu berlaku maka didaftarkan dengan denda,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyerahan Bantuan Program Teduhan Kasih Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Menurut Saarani, nilai denda yang akan dikenakan adalah mengikut keputusan mahkamah iaitu RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Beliau juga berkata, tiada masalah untuk anak-anak hasil dari perkahwinan di luar negara untuk memohon sijil kelahiran jika perkahwinan ibu dan bapa mereka didaftarkan di negeri ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI