PETALING JAYA – Sikap busuk segelintir pengasas pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ‘panjang tangan’ untuk menikmati kehidupan mewah hasil daripada sumbangan orang ramai membuatkan mereka gelap mata dengan menyalahgunakan sebahagian derma untuk menjadi kaya raya. Jika sebelum ini NGO pada asalnya ditubuhkan untuk merancakkan aktiviti kebajikan, namun kini mereka menggunakan peruntukan pengurusan sebanyak 30 peratus yang dicadangkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) untuk kepentingan peribadi. Kosmo! difahamkan, penyelewengan berlaku melalui kelemahan audit daripada pihak ketiga hingga membuatkan ia berjaya ditembusi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya