fbpx

I love you. Tamat – Pengakuan cinta Nad buat Ungku?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NAD ZAINAL menutup sokongan terhadap drama lakonannuya, Cina Buta dengan pengakuan seperti luahan cinta terhadap Ungku Ismail.

PETALING JAYA – “Kita akan ‘stay forever and ever’ (kekal selama-lamanya). ‘I love you’ (saya cintakan kamu). Tamat”.

Demikian perkongsian pelakon Nad Zainal dalam Instagram yang memaparkan sekeping gambar bersama Ungku Ismail, aktor juga lelaki paling rapat dengannya ketika ini.

Difahamkan, kapsyen tersebut merujuk kepada episod penutup drama bersiri Cina Buta gandingan mereka yang berakhir malam tadi, namun di sebalik yang tersurat, luahan tersebut barangkali serampang dua mata, simbolik realiti hubungan mereka yang membiak.

Secara tidak langsung, ungkapan tersebut juga seumpama cerminan isi hati Nad buat pelakon tinggi lampai itu.

Sejak beberapa hari lalu, memang ibu tunggal dua cahaya mata itu kerap mempromosikan Cina Buta di laman sosial menjelang episod akhir drama tersebut.

Malah pengikut drama Cina Buta sedia maklum mengenai hantaran berkenaan sebagai sebahagian daripada perkongsian daripada apresiasi terhadap hasil kerjanya, namun tidak kurang juga yang mendoakan jodoh mereka.

“Saya harap anda berdua kahwin betul-betul nanti di dalam dunia realiti,” komen seorang pengikutnya.

Keintiman pasangan pelakon itu bukan lagi rahsia selepas Ungku Ismail dilihat setia di sisi Nad sepanjang aktres berusia 33 tahun itu berada dalam situasi kesihatan yang memburuk akibat masalah paru-paru pada November lalu.

Lebih sebulan dalam pemantauan pakar di Unit Rawatan Rapi (ICU), bintang Teman Lelaki Upahan itu turut diberi tanggungjawab oleh keluarga Nad untuk berkongsi perkembangan kesihatannya.

Begitupun, ketika itu Ungku Ismail yang terlebih dulu mengakui keakraban meminta orang ramai lebih fokus dan mendoakan keadaan Nad kembali pulih selepas ditidurkan.

Hampir sebulan di hospital, Nad yang sudah dibenarkan pulang ke rumah pada bulan lalu sempat membuat sesi langsung dalam TikTok dan tidak ketinggalan menyatakan penghargaan kepada Ungku Ismail yang banyak memberi semangat sepanjang dia bertarung nyawa.

“Cukup saya cakap waktu ini dia rapat dengan saya dan saya hargainya. Saya tak nak jawab lebih-lebih. Dia banyak membantu dan beri semangat kepada saya,” katanya.

Sementara itu, sebelum ini Ungku Ismail, 37, mendedahkan hubungan rapat mereka mula terjalin selepas terlibat dalam drama Cina Buta arahan Shahrulezad Mohameddin.

Drama bersiri 18 episod yang bersiaran di Astro Ria bermula 19 Disember lalu menyaksikan Nad membawakan watak Mia yang tidak mengetahui terbabit dalam perkahwinan cina buta yang dirancang bekas suaminya, Sharnaz (Ungku Ismail). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI