fbpx

Hafizh, Adam mahu perlumbaan WSBK kembali ke Litar Sepang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAFIZH (kiri) dan Adam (kanan) akan mengibarkan cabaran MIE Racing pada saingan WSBK musim baharu nanti.

DUA pelumba negara yang ber­aksi dalam Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) 2023, Hafizh Syahrin Abdullah dan Adam Norrodin menyuarakan hasrat untuk me­nyaksikan perlumbaan itu kembali dianjurkan di Malaysia.

Selepas kali terakhir dianjurkan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 2016, Hafizh yang mewakili pasukan MIE Ra­cing Honda berharap ada pihak memainkan peranan bagi memastikan dia dan Adam dapat beraksi di laman sendiri.

Bekas pelumba Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) itu juga percaya peminat-peminat sukan permotoran tanah air turut mengharapkan perlumbaan di Malaysia kembali diadakan memandangkan dua pelumba negara sedang beraksi dalam WSBK.

“Sudah tentu sebagai seorang pelumba Malaysia, saya mahukan perlumbaan di laman sendiri, tetapi saya sendiri tidak pasti sama ada ia akan kembali ataupun tidak kerana kali terakhir dianjurkan di sini adalah pada 2016.

“Saya tidak pasti siapa yang berhak untuk bawa perlumbaan ini kembali ke Malaysia. Kenapa tidak (kembali ke Malaysia) kalau ia sesuatu yang positif untuk kita ada perlumbaan di laman sendiri,” katanya selepas Majlis Tandatangan Perjanjian Bersama Racing Boy (RCB) di Puchong semalam.

Turut hadir pada majlis tersebut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan RCB, Bruce Lee Cong Quan serta Adam yang akan beraksi dalam kelas Supersport pada WSBK nanti.

Dalam pada itu, Hafizh menyuarakan keyakinan dia mampu menampilkan aksi lebih baik pada saingan musim ini selepas MIE Racing setuju untuk menyediakan jentera yang memiliki spesifikasi ‘kilang’.

“Berdasarkan gambar yang dikongsi oleh mekanik dalam ‘group’, antara spesifikasi ‘kilang’ adalah cesi. Selain daripada itu, masih belum ada sebarang makluman lagi daripada pasukan,” jelasnya.

Sementara itu, Adam yang turut mewakili pasukan MIE Racing Honda bersetuju dengan Hafizh apabila menganggap perlumbaan di Malaysia perlu dianjurkan semula kerana ia mampu menjadi pembakar semangat untuk mereka berdua.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI