fbpx

FBK UPSI perkasakan agenda e-pembelajaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Marzita (dua dari kiri) melihat tablet untuk mencuba MOOC yang dibangunkan oleh FBK di UPSI, Tanjung Malim kelmarin. - Foto IHSAN UPSI

TANJUNG MALIM – Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) membangunkan bahan pembelajaran Massive Open Online Course (MOOC) sebagai usaha pendigitalan dalam e-pembelajaran.

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Marzita Puteh berkata, pada masa sama, fakulti berkenaan juga membangunkan satu inovasi dalam pembelajaran bahasa yang dinamakan sebagai Language App.

“Platform yang dapat membangunkan bahan secara e-pembelajaran ini adalah inisiatif untuk memudahkan pengguna bagi mengakses bahan melalui internet,” katanya ketika berucap di Majlis Pelancaran E-Pembelajaran FBK: MOOC dan Language App di Dewan Muallim, Scholar’s Suites, UPSI di sini kelmarin.

Mengulas lanjut, beliau berkata, penggunaan platform itu sejajar dengan matlamat Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sebagaimana termaktub dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia Pendidikan Tinggi (PPPM PT) 2015-2025.

Sementara itu, Dekan FBK, Prof. Madya Dr. Mazura Muhammad berkata, pelaksaanan e-pembelajaran itu menjadikan FBK sebagai fakulti pertama di UPSI yang membangunkan bahan e-pembelajaran melalui MOOC.

Katanya, pihaknya menyasarkan untuk menghasilkan 203 video menerusi MOOC tersebut, yang mana ia diajar menerusi lapan bahasa dan merangkumi tiga aras.

“E-pembelajaran ini menawarkan kursus-kursus bahasa secara dalam talian termasuklah bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa-bahasa di Asia dan Eropah seperti Jepun, Mandarin, Arab, Jerman, Perancis, Sepanyol serta bahasa Iban,” katanya.

Menurut Dr. Mazura, mempelajari pelbagai bahasa secara e-pembelajaran dapat membantu mengembangkan kemahiran kognitif, memperbanyak kenalan dari serata dunia.

“Ia sekali gus memudahkan komunikasi antara penutur jati dan penutur asing, malah memudahkan pengamalnya dalam dunia kerjaya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI