fbpx

Dua kontena dikesan bawa e-sisa dari Amerika Syarikat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah satu daripada dua buah kontena diimport dari AS mengandungi e-sisa yang ditemui di Pelabuhan Barat, Klang, Selangor minggu lalu. - Foto ihsan JAS

PUTRAJAYA- Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengesahkan bahawa pihaknya berjaya mengesan dua buah kontena mengandungi sisa elektronik dari Amerika Syarikat (AS).

Menerusi hantaran dalam laman sosial rasminya, JAS berkata, penemuan buangan itu hasil pemeriksaan 13 buah kontena di Pelabuhan Barat, Klang, Selangor minggu lepas.

“Dua daripadanya itu didapati ada sisa perkakasan komputer terpakai serta wayar yang dikategorikan sebagai buangan elektrik dan elektronik atau e-sisa kod SW110. Kesemua kontena tersebut pada mulanya ditahan untuk diperiksa oleh pasukan penguatkuasaan.

Bagaimanapun, pemeriksaan ke atas baki 11 buah kontena mendapati isi di dalamnya cuma mengandungi barang untuk perdagangan jenis sekerap aluminium,” katanya.

JAS berkata, Notis Arahan telah dikeluarkan pada 16 Januari lalu kepada syarikat pengimport bagi memulangkan balik dua buah kontena mengandungi e-sisa ke lokasi asal di AS.

Perkara tersebut berdasarkan Seksyen 31 dan 37 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan selaras dengan perjanjian Konvensyen Basel 1989 di bawah Pertubuhan Bangsa Bersatu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI