PETALING JAYA – Dua kali kejadian gempa bumi berukuran sederhana dalam tempoh dua jam berlaku di Utara Laut Maluku, Indonesia, hari ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, gempa bumi itu berukuran 7.0 dan 5.4 skala Richter pada pukul 2.06 petang dan 4.01 petang tadi.
“Gegaran gegaran pertama berlaku pada kedudukan 163 kilometer (km) selatan dari Pulau Talaud, Indonesia dengan kedalaman 67 km.
“Gegaran kedua berlaku berlaku di 2.8 darjah Utara dan 127.2 darjah Timur pada kedudukan 156 km Tenggara dari Pulau Talaud,” katanya.
Bagaimanapun, susulan kejadian gempa bumi itu, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. – KOSMO! ONLINE