fbpx

Angkat peranan SPRM melalui penyertaan GlobE Network

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA- Kerajaan terus berusaha untuk memperkasakan peranan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan mencadangkan mereka untuk menyertai badan antarabangsa iaitu The Global Operational Network of Anti-Corruption Law Enforcement Authorities (GlobE Network).

GlobeE Network merupakan sebuah platform antarabangsa berperanan menjadi medium pertukaran idea dan pendapat dalam kalangan barisan penguat kuasa undang-undang anti rasuah seluruh dunia.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, penyertaan SPRM di dalam GlobeE Network itu membolehkan badan penguatkuasaan itu memperoleh lebih pendedahan sekali gus memperkuatkan urusan mereka.

“Kita mahu angkat peranan SPRM, jadi unjurkan mereka terlibat dalam badan antarabangsa GlobeE Network, pendedahan itu dapat memperkuat urusan mereka,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet di Perdana Putra di sini tadi. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI