fbpx

Wabak ASF di P. Pinang makin serius

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENYAKIT ASF di Pulau Pinang dilaporkan semakin serius apabila 11 lagi ladang babi komersil dikesan positif wabak itu setakat ini. -Gambar hiasan.

GEORGE TOWN – Penyakit Demam Babi Afrika (ASF) di negeri ini dilaporkan semakin serius apabila 11 ladang babi komersil telah dikesan positif wabak berkenaan setakat hari ini.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, sebelum ini tujuh ladang telah dijangkiti wabak itu namun jumlahnya meningkat selepas empat lagi ladang iaitu masing-masing dua di Seberang Perai Tengah (SPT) dan Seberang Perai Selatan (SPS) disahkan positif ASF.

“Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) telah teruskan kerja-kerja persampelan dan dapati sehingga kini ada 11 ladang yang positif wabak berkenaan.

“Setakat ini, tiga buah ladang membabitkan 4,000 ekor babi telah selesai dilupuskan dan pelupusan akan diteruskan ke ladang-ladang yang lain selepas ini,” katanya selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Anggota Perkhidmatan Awam di Dewan Sri Pinang, di sini hari ini.

Jumaat lalu, Pulau Pinang mengisytiharkan wabak ASF sebagai ‘bencana’ selepas terdapat kes positif ASF dilaporkan di lima ladang babi komersial di dua daerah negeri itu dan babi yang dijangkiti akan dimusnahkan secara berperingkat.

Pemusnahan babi itu dilakukan menggunakan kaedah gas CO2 (Kepekatan Tinggi) yang mengikut garis panduan Kod Amalan Kebajikan Haiwan-Pengurusan Pembuangan Haiwan.

Menurut Kon Yeow, pihaknya meminta pemilik ladang untuk bekerjasama dengan JPV untuk memastikan wabak ASF tidak merebak ke kawasan lain.

“Terdapat pemilik ladang yang dikesan enggan melaporkan kes positif ASF kepada JPV dan mereka cuba menguruskan sendiri pengurusan bangkai babi di ladang mereka.

“Ini adalah berbahaya kerana virus berkenaan sudah berada di kawasan berkenaan, wabak ini juga tidak mempunyai sebarang vaksin dan ia boleh merebak dengan mudah,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI