fbpx

Tiga anggota bomba cedera ketika padam kebakaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai bomba cedera dalam operasi memadam kebakaran gudang kertas dan plastik terpakai di Taman Perindustrian Ria Jaya, Sungai Petani hari ini.

SUNGAI PETANI – Seorang pegawai dan dua anggota bomba cedera ketika melakukan operasi memadam kebakaran di dua gudang menyimpan kertas dan plastik terpakai di Taman Perindustrian Ria Jaya di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.18 pagi itu, Pegawai Bomba Kanan II Muhd.Farhan Shaari, 41, cedera di kaki kanan akibat ditimpa bongkah mampat kertas.

Dua lagi anggota iaitu Muhd. Alwi Mohd. Norizan, 34, dan Nurul Hafizah Ahmad, 41, masing-masing cedera akibat melecur pada leher dan pipi.

Ketua Zon 2, Penguasa Kanan Bomba II Syobirin Ab. Kadir berkata, pegawai dan anggota yang cedera adalah dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani.

“Mereka diberikan rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk rawatan lanjut.

“Pegawai dan dua anggota terlibat dilaporkan dalam keadaan stabil dan tidak membimbangkan,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, pihaknya menerima maklumat berhubung kebakaran dua gudang menyimpan kertas dan plastik kitar semula itu pada pukul 5.18 pagi.

“Sebaik tiba di lokasi, kita mendapati dua buah gudang iaitu Blok C yang menyimpan bongkah mampat kertas dan Blok D yang menyimpan bongkah mampat plastik terbakar.

“Seramai 27 pegawai dan anggota daripada BBP Aman Jaya dan BBP Sungai Petani dengan enam jentera terlibat dalam operasi ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI