fbpx

Gagal capai sasaran, kami dihukum makan daging babi – Mangsa tipu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ibu kepada mangsa memeluk anaknya yang ditipu sindiket penipuan tawaran pekerjaan ketika tiba di Balai Ketibaan KLIA, hari ini.- Foto FAISOL MUSTAFA

SEPANG – Suasana hiba menyelubungi balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini apabila kepulangan tiga mangsa penipuan di Myanmar disambut keluarga masing-masing.

Mereka terdiri daripada seorang lelaki Cina dan dua orang Melayu masing-masing remaja perempuan berusia 19 tahun dan seorang lelaki jelas tidak dapat menahan sebak.

Kesemua mangsa bertolak ke Malaysia dari Bangkok, Thailand diiringi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teruntum, Sim Chon Siang menaiki pesawat Thai Airways penerbangan TG415.

Seorang mangsa dikenali sebagai Safinas berkata, azab dikerah bekerja sebagai penipu atau scammer di Myanmar selama tiga bulan merupakan pengalaman yang amat perit.

“Ada lagi 16 warga Malaysia dalam kumpulan saya dan kami dipaksa bekerja dari pukul 8 pagi sampai 12 tengah malam sejak awal Oktober tahun lalu.

“Jika gagal capai sasaran jualan 3,000 yuan (hampir RM2,000) semua ahli kumpulan akan didenda dengan ada dihukum makan daging babi manakala perempuan dinoda,” katanya kepada pemberita.

Kumpulan diselamatkan ADUN tersebut sepatutnya ada lima orang namun dua lagi masih berada di Bangkok kerana masalah teknikal melibatkan dokumentasi perjalanan.

Misi berkenaan turut dibantu seorang ahli perniagaan Malaysia di Thailand, Victor Wong serta mendapat kerjasama erat daripada pihak kerajaan Terengganu dan Pahang.

Sementara itu, seorang mangsa dikenali Hafis, 26, dari Terengganu berkata, dia terpedaya dengan tawaran kerja gaji lumayan disiarkan melalui laman sosial.

Ketika itu dia bertugas di Johor dan dijanjikan akan bekerja sebagai broker urus niaga mata wang asing atau forex di Thailand dengan pendapatan lebih RM4,000 setiap bulan.

Malangnya, setelah sampai di negara jiran itu dan dibawa menaiki kereta ke Myanmar, dia berasa tidak sedap hati serta teringat kisah mangsa penipuan pekerjaan di KK Garden.

Bagaimanapun, dia bersyukur apabila dapat menghubungi keluarganya awal bulan ini dan meminta mereka segera membuat laporan polis selain mohon bantuan kerajaan.

“Kami diselamatkan oleh beberapa askar Thailand yang datang ke KK Garden selepas sesi rundingan oleh Victor berjaya sebelum dibawa ke Bangkok dua minggu lalu,” jelasnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI