fbpx

SELHAC 2023 sasar RM50 juta sesi padanan perniagaan halal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin merasmikan SELHAC di Hotel Concorde, Seksyen 9 Shah Alam, hari ini. - Foto SADDAM YUSOFF

SHAH ALAM – Konvensyen Halal Antarabangsa Selangor (SELHAC) 2023 menyasarkan nilai RM50 juta untuk Sesi Padanan Perniagaan Halal.

SELHAC 2023 yang akan dianjurkan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) bermula 10 hingga 12 Mac depan turut menyasarkan lebih 8,000 pengunjung dengan tema “Selangor, Gerbang Halal Antarabangsa”.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ini merupakan sasaran baharu selepas jumlah nilai padanan perniagaan pada SELHAC 2022 mencapai RM38 juta.

Katanya, SELHAC merupakan peluang dalam membangunkan rangkaian perniagaan di antara syarikat-syarikat tempatan dan antarabangsa dalam sektor halal.

“Sejumlah nilai RM50 juta menjadi sasaran kepada pada SELHAC kali dengan pencapaian sebelumnya adalah sesuatu yang membanggakan.

“Peluang kolabrasi antara tempatan dan luar negara turut ditekankan dalam memartabatkan dan mengukuhkan industri halal di persada dunia”, katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran SELHAC 2023 di Hotel Concorde, Shah Alam hari ini.

Menurut beliau, SELHAC 2023 akan memberi tumpuan utama kepada kewangan Islam sebagai alternatif kepada perbankan konvensional, insurans, pasaran modal dan pelaburan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI