SEREMBAN – Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke Masjid Sri Sendayan, Bandar Sri Sendayan di sini hari ini.
Seri Paduka tiba di masjid berkenaan pada pukul 6.30 petang tadi dengan diiringi anakanda baginda, Tengku Puteri Raja Afzan Aminah Hafidzatullah.
Keberangkatan tiba baginda disambut oleh pengasas syarikat perbankan Kumpulan RHB, Tan Sri Abd. Rashid Hussain yang juga individu yang mewakafkan masjid tersebut bersama isteri, Puan Sri Hani Yang Mohd. Yatim.
Baginda kemudian berkenan menunaikan solat maghrib yang diimamkan oleh Imam Besar Masjid Sri Sendayan, Ustaz Mohd. Nazri Abu Zarim dan solat isyak yang diimamkan oleh Imam 3 Masjid Sri Sendayan, Sheikh Mohamed Abdelnaby.-KOSMO! ONLINE