fbpx

Portfolio belia dan sukan tidak boleh dipolitikkkan – Hannah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hannah (tengah) dan Adam Adli (lima kiri) bergambar ketika hadir pada Mesyuarat Penyelarasan EXCO Pembangunan Belia dan Sukan Negeri di Menara KBS, Putrajaya di sini, hari ini. - Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahu isu belia dan sukan tidak dipolitikkan sebaliknya semua negeri perlu bekerjasama bagi memastikan pembangunan belia dan sukan dilakukan secara holistik.

Menterinya, Hannah Yeoh berkata, portfolio belia dan sukan amat penting kerana ia cerminan masa depan dan nama baik untuk negara.

“Justeru, kami juga mahu sesi libat urus lebih kerap diadakan bersama Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan berkait belia dan sukan pada masa depan,” katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Exco Pembangunan Belia dan Sukan Negeri di sini hari ini.

Katanya, mesyuarat berkenaan dijalankan dengan objektif merangka dan menyelaras kerjasama di antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri dalam soal belia dan sukan.

Hannah berkata, mesyuarat tersebut adalah kali pertama diadakan sejak kali akhir pada 2018 dimana ketika itu dipengerusikan bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Menurutnya, mesyuarat itu juga bertujuan membolehkan KBS mengenal pasti dan membincangkan isu-isu semasa belia dan sukan di peringkat akar umbi serta memperakukan cadangan tindakan dalam usaha meningkatkan pembangunan belia dan sukan.

“Selain itu, perjumpaan kerap dan saluran komunikasi yang wujud ini adalah satu manifestasi identiti dan hala tuju Kerajaan Perpaduan yang jelas mahukan penglibatan Kerajaan Negeri bagi membangunkan masa depan Malaysia bersama,” katanya.

Mesyuarat hari ini turut dihadiri Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Keusahawanan Sarawak Datuk Sri Abdul Karim Rahman Hamzah; Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Alfren Angin; semua Exco Belia dan Sukan Negeri, serta Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan.

Dalam perkembangan lain, Hannah berkata, beliau turut mengesahkan bahawa Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Jana Santhiran Muniayan sudah memulakan tugas di Kementerian Pengangkutan (MOT) hari ini.

“Buat masa ini, kita belum ada lagi Ketua Setiausaha kementerian yang baharu,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI