fbpx

Polis giat buru penyamun wang Bantuan Awal Persekolahan RM109,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Polis giat memburu penyamun yang melarikan wang Bantuan Awal Persekolahan (BAP) lebih RM100,000, di Semenyih, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan, dalam kenyataannya berkata, aduan itu diterima pada pukul 12.17 tengah hari daripada mangsa, lelaki tempatan berusia 50 tahun dan merupakan guru besar di sebuah sekolah di Semenyih.

Kosmo! sebentar tadi melaporkan Murid-murid di sebuah sekolah di Beranang, terpaksa berputih mata apabila wang BAP lebih RM100,000 telah disamun di depan sebuah bank, pagi tadi.

Hasil siasatan pihak polis Mohd. Zaid berkata, mangsa yang berseorangan ketika kejadian telah mengeluarkan wang BAP berjumlah lebih kurang RM109,000.00 dari sebuah bank di kawasan Kampung Baru Semenyih.

“Selepas selesai urusan, mangsa meninggalkan wang itu yang disimpan dalam sebuah beg, di dalam keretanya jenis Toyota di bahagian tempat duduk hadapan sebelah penumpang, sebelum ke sebuah restoran untuk membeli minuman.

“Selang hampir 10 minit apabila kembali ke kenderaan, mangsa dapati cermin kereta miliknya telah dipecahkan di bahagian kanan penumpang belakang, dan beg yang berisi wang tunai tersebut telah dicuri,” katanya.

Katanya lagi, siasatan telah dijalankan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

“Jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara tujuh tahun dengan denda atau kedua-duanya sekali.

“Pihak polis telah pergiatkan usaha mengesan suspek yang terlibat. Sesiapa yang ada maklumat berkaitan kes ini, boleh berhubung dengan mana-mana balai polis atau pegawai penyiasat kes, Inspektor Ahmad Rahmat Adnan di talian 014-5156933 bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI