fbpx

Paip pecah punca 15 kawasan di Gombak alami gangguan air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Paip pecah di Jalan Prima SG 2, Prima Sri Gombak pagi tadi.

PETALING JAYA – Sebanyak 15 kawasan sekitar Gombak akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual susulan insiden paip pecah di Jalan Prima SG 2, Prima Sri Gombak pagi tadi.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ketika dihubungi berkata, antara kawasan yang terjejas adalah Kawasan Perusahaan Ringan Batu Caves, Prima Sri Gombak, Kampung Sri Gombak Indah, Taman Sahabat, Taman Berlian, Kampung Simpang 3, Desa Minang dan Taman Industri Bolton.

Turut terlibat adalah Taman Sri Gombak, Kampung Melayu Sri Gombak, Batu Caves Centre Point / Pusat Niaga Batu Caves, Pinggiran Batu Caves, Taman Gemilang, Astana Gemilang, Taman Indah Gemilang.

“Pihak kami menerima aduan tentang paip pecah pada pukul 6.45 pagi tadi dan kerja-kerja pembaikan dijangka siap sepenuhnya pada pukul 12.45 pagi esok.

“Kami sedang mengoptimumkan usaha untuk mempercepatkan kerja pembaikan dan meminimumkan kesan gangguan kepada pelanggan yang terjejas. Kami akan memaklumkan tentang status pembaikan dari semasa ke semasa,” katanya.

Menurut Air Selangor, pengguna boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Air Selangor di talian 15300 untuk mendapatkan maklumat terkini dari semasa ke semasa.

Sebarang pertanyaan dan aduan juga boleh diajukan di help centre di laman web www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI