NEW YORK – Seorang wanita berusia awal 70-an menjadi model dan mempunyai ramai pengikut di laman sosial kerana dia memberikan penampilan berbeza berbanding warga emas lain, lapor portal berita New York Post semalam.
Wanita itu, Hip Heidemann yang mendakwa memulakan kerjaya peragaan pada usia 69 tahun, menyiarkan video di media sosial yang memaparkan dia memakai pelbagai pakaian renang.
“Pakaian renang tidak sesuai dengan usia (sepertinya). Saya sebaliknya berkata, pakai apa sahaja yang membuat anda berasa baik,” kata Heidemann yang dilaporkan berusia 73 tahun.
“Saya benar-benar terdiam setiap kali saya melihat anda di sini,” puji seorang netizen lain yang merujuk kepada Heidemann sebagai seorang ratu.
“Anda adalah inspirasi,” tulis netizen lain yang bersemangat.
“Awak nampak hebat!! Teruskan memakai apa yang anda suka!” demikian menurut komen seorang lagi netizen.
Heidemann yang menandatangi perjanjian dengan syarikat permodelan NEXT Models, merupakan seorang bekas pramugari. – Agensi