fbpx

KKM komited bantu OKU – Dr. Zaliha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Zaliha (kanan) ketika menerima kunjungan Ras Adiba hari ini.

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) akan melakukan yang terbaik bagi membantu golongan orang kelainan upaya (OKU) di negara ini khususnya membabitkan kemudahan di fasiliti kesihatan awam.

Menterinya, Dr. Zaliha Mustafa berkata, beliau menghargai segala saranan dan cadangan dikemukakan bagi manfaat golongan OKU di Malaysia.

Beliau berkata, hari ini beliau menerima kunjungan Presiden OKU Sentral, Datuk Ras Adiba Radzi yang juga Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama).

“Ras Adiba mengutarakan agar kerajaan hari ini mewujudkan Dasar Penyakit Jarang Jumpa bagi penjanaan kesihatan komuniti penyakit jarang jumpa.

“Dasar itu merangkumi sokongan kerajaan, penyelidikan jujukan jenom, jumlah pakar genetik dan penyediaan fasiliti rawatan di hospital serta klinik pakar,” katanya

Katanya, turut dibincangkan adalah berkaitan Penubuhan Majlis Autisme Kebangsaan serta keperluan bagi menambah Pusat Mentari dan peruntukan bagi mengatasi masalah kesihatan mental yang berlarutan.

Pada pertemuan sama, Ras Adiba turut menyentuh pengubahsuaian prasana fasiliti kesihatan di Malaysia agar mematuhi Keperluan Reka Bentuk Sejagat Dan Malaysia Standard (MS1184).

Malah, perbincangan turut berkisar tentang menyediakan perkhidmatan jurubahasa isyarat di hospital dan klinik bagi membantu OKU pendengaran serta kemudahan kesihatan golongan OKU.

“Saya hargai cadangan dan saranan yang diberikan kerana isu ini signifikan dan membawa manfaat kepada semua terutamanya rakan golongan OKU,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI