fbpx

Harga ayam naga cecah RM8,000 seekor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG wanita memegang seekor ayam naga di kediamannya di wilayah Hung Yen pada 10 Januari lalu. – AFP

HANOI – Di sebuah ladang ternakan dekat Hanoi, Le Van Hien memilih unggas terbaik dalam kalangan kawanan ‘ayam naga’ peliharaannya. Ayam naga merupakan ternakan yang mempunyai kaki tebal seperti bata, manakala harganya pula mencecah AS$2,000 (RM8,655) seekor. 

Kaki tebal ayam naga atau dalam bahasa tempatan, ayam Dong Tao, dianggap hidangan istimewa dan popular dalam kalangan orang kaya semasa sambutan Tahun Baharu Vietnam atau Tet.

Ayam terbaik Hien seberat 4 kilogram dengan kaki merangkumi satu perlima berat badannya, dijual pada harga AS$150 (RM650), namun ayam baka berkenaan yang besar dikatakan berharga 10 kali ganda lebih tinggi. Malah, sesetengahnya pernah memasuki pertandingan ayam cantik

Kunci kepada rasa sedap ayam naga adalah diet haiwan itu yang terdiri daripada beras dan biji jagung di samping diberikan kebebasan untuk merayau, kata Hien kepada agensi berita AFP.

Walaupun ayam betina yang bertelur dikurung dalam sangkar bateri, ayam yang diternak untuk mendapatkan dagingnya pula dibiarkan bebas dalam halaman kecil.

“Lebih banyak ayam ini bergerak, ototnya menjadi lebih kuat dan besar,” kata Hien yang menternak ayam naga selama lebih 15 tahun.

Daging seekor ayam naga boleh mencapai berat sehingga 10 kilogram dan digemari kerana teksturnya yang liat dan kenyal tetapi juga rendah lemak.

Ayam itu  kadang kala direbus dan juga digoreng atau dikukus bersama serai. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN