fbpx

Giliran Sakura LE SSERAFIM kena Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAKURA

PENINGKATAN kembali kes Covid-19 di seluruh dunia ketika ini turut membelenggu selebriti di Korea apabila ramai dijangkiti virus tersebut.

Anggota kumpulan LE SSERAFIM iaitu Sakura disahkan dijangkiti wabak tersebut selepas mengalami simptom demam.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh syarikat pengurusan, Source Music yang mengesahkan artis naungan mereka didapati positif Covid-19 selepas membuat ujian pengesanan PT-PCR.

Bagaimanapun, anggota lain kumpulan itu tidak menunjukkan simptom ketara dan kesemua disahkan negatif selepas membuat ujian kendiri.

“Kami akan buat yang terbaik untuk memantau tahap kesihatan Sakura dan memastikan artis kami sihat kerana keselamatannya adalah keutamaan.

“Segala garis panduan yang ditetapkan oleh petugas kesihatan akan diikuti bagi memastikan Sakura sihat dengan kadar segera,” ujar wakil Source Music.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI