fbpx

EPL: Chelsea berjaya lepasi ‘gelora ganas’ EPL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAVERTZ muncul wira Chelsea apabila meledak gol tunggal perlawanan ketika menewaskan Palace kelmarin. – AFP

LONDON – Wira Chelsea, Kai Havertz akui puas apabila jari­ngan tunggalnya berjaya mengeluarkan pasukan daripada si­tuasi sukar ketika menewaskan Cry­stal Palace 1-0 di Stamford Bridge, kelmarin.

Kemenangan itu seakan ha­dir tepat pada masanya untuk memacu kebangkitan The Blues yang dihimpit kekecewaan selepas dipalit kekalahan dalam tiga perlawanan terakhir.

“Sejak beberapa minggu lalu, kami berdepan kesukaran. Untuk semua orang dalam pasukan ini, ia menjadi keadaan yang sukar untuk kami hadapi.

“Banyak yang berubah pada tahun ini dan kami juga berdepan masalah kecederaan. Hari ini (kelmarin) kami memiliki lima pemain muda dalam kesebelasan utama, namun mereka berjaya melaksanakan tugas dengan baik,” katanya.

Ini adalah kemenangan kedua The Blues dalam enam perlawanan terakhir di semua pertan­dingan selepas kali terakhir menang pada 28 Disember lalu menewaskan Bournemouth 2-0.

Selepas itu, anak buah Graham Potter hanya memulakan tahun baharu dengan keputusan seri 1-1 dengan Nottingham Fo­rest sebelum tewas 0-1 dan 0-4 kepada Manchester City (saingan liga dan Piala Liga Inggeris) di­ikuti tunduk 1-2 kepada Fulham, awal pagi Jumaat lalu.

“Secara keseluruhan, kami bermain baik. Adalah sesuatu yang bagus apabila mampu dapatkan tiga mata menentang pa­sukan seperti Palace,” kata Potter. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI