fbpx

Dua premis makanan penuh najis tikus, telur lipas ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah sebuah premis yang ditutup kerana didapati tercemar dengan najis tikus.

KUCHING – Dua premis makanan diarahkan tutup selepas didapati kotor dengan dipenuhi najis tikus selain telur lipas dalam satu pemeriksaan di Metrocity, Matang sejak semalam.

Jurucakap Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan, Pejabat Kesihatan Bahagian (PKB) Kuching berkata, penutupan premis pertama dilakukan semalam setelah pemeriksaan di dalam premis menjumpai najis tikus dan telur lipas.

“Perintah penutupan diberikan selama 14 hari bermula 16 hingga 30 Januari ini,” katanya yang dihubungi, hari ini.

Katanya, tindakan diambil di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983 dengan notis dikeluarkan setelah pemilik premis didapati gagal mengekalkan premis makanan dalam keadaan baik, bersih dan kemas pada setiap masa.

Beliau berkata, sebuah lagi premis ditutup hari ini setelah pemeriksaan mendapati terdapat lipas di dalam premis selain tahap kebersihan yang rendah.

Beliau berkata perintah penutupan premis itu berkuat kuasa selama 14 hari bermula 17 hingga 31 Januari ini, di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983.

“Notis dikeluarkan kerana pemilik premis menggaji pengendali makanan yang tidak menjalani latihan pengendali makanan dan tiada suntikan vaksinasi tifoid.

“Pengendali makanan juga tidak memakai penutup kepala semasa mengendali makanan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI