fbpx

Dendam, selisih faham motif lelaki mati ditetak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Vijaya ketika beramah mesra dengan salah seorang pengunjung ketika program tersebut. -Foto AFIQ RAZALI

KLANG – Dendam dan perselisihan faham antara dua kumpulan dipercayai motif utama kes seorang lelaki mati ditetak dengan senjata tajam di Taman Intan, Kapar di sini, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua kumpulan itu tidak berpuas hati dengan isu lama yang timbul antara mereka.

Katanya, polis setakat ini sudah menahan lima lelaki berusia lingkungan 20 hingga 30-an bagi membantu siasatan.

“Kesemua suspek terdiri daripada sebelah kumpulan mangsa namun mereka telah dibebaskan dengan jaminan polis.

“Motif awal mendapati kes itu melibatkan pergaduhan antara dua kumpulan berkaitan isu tertentu,” katanya pada program Walkabout sempena Tahun Baharu Cina di Pasar Pagi Taman Eng Ann di sini, hari ini.

Kosmo! pada 10 Januari lalu melaporkan seorang lelaki berusia 30an mati ditetak menggunakan senjata tajam dalam pergaduhan melibatkan dua kumpulan remaja di Taman Intan, Kapar di sini.

Vijaya menegaskan pihaknya masih memburu dua suspek utama yang terlibat dalam kes itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menghubungi pegawai penyiasat Asisten Superitendan Hanis di talian 019-9099763 atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara di 03-32912222 serta balai polis berhampiran. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI