fbpx

Barcelona rangkul Piala Super Sepanyol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BARCELONA merangkul trofi pertama di bawah kendalian Xavi apabila muncul juara Piala Super Sepanyol menewaskan Real awal pagi semalam. – AFP

RIYADH – Barcelona meraih gelaran pertama di bawah bim­bingan Xavi Hernandez apabila menjulang trofi Piala Super Sepanyol selepas menewaskan Real Madrid 3-1 pada perlawanan akhir­ di Stadium King Fahd awal pagi semalam.

Pada perlawanan itu, Barcelona yang menampilkan aksi lebih baik menjaringkan gol menerusi Gavi, Robert Lewandowski dan Pedri, manakala gol saguhati Real dijaringkan, Karim Benzema.

Xavi memuji aksi ditampilkan barisan pemainnya pada perlawanan tersebut selain menganggap kritikan yang dilemparkan terhadap mereka sebelum ini menjadi pembakar semangat untuk menewaskan Real.

“Bukan perkara mudah untuk mengembalikan aura positif di kelab ini. Kemenangan ini pasti­nya membantu kami lebih yakin untuk mengharungi saingan musim ini dan kami akan terus bekerja keras.

“Tahniah kepada semua pemain yang tidak pernah berputus asa bagi mengembalikan kegemilangan pasukan. Saya akui kami menampilkan aksi lebih baik sepanjang 90 minit permainan,” katanya.

Dalam pada itu, kapten pasukan, Sergio Busquets berkata, semua pemain turun dengan kemahuan tinggi memandangkan mereka tidak mahu terlepas peluang terbaik untuk kembali memenangi kejuaraan.

“Kami semua tahu Barcelona tidak boleh sia-siakan peluang ini. Kami mengharungi banyak perubahan di kelab, oleh itu kemenangan ini mampu memastikan pasukan terus bersaing dan memenangi lebih banyak gela­ran,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN