fbpx

Bahan mentah sempena Tahun Baharu Cina di Kelantan cukup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azman (dua dari kiri) semasa memantau operasi sebuah kilang membungkus minyak masak peket bersubsidi di Bandar Utama, Gua Musang hari ini. - Foto AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memberi jaminan bekalan bahan mentah menerusi Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) di Kelantan sempena Tahun Baharu Cina 2023 mencukupi.

Pengarah KPDN Kelantan, Azman Ismail berkata, pihaknya sudah menjalankan pemantauan dan peniaga telah diingatkan untuk memastikan semua bekalan tersebut tidak terputus.

Katanya, selain itu, KPDN Kelantan menyenaraikan lima jenis barangan yang dipantau menerusi SHMMP bermula 15 hingga 29 Januari ini.

“Lima jenis barangan iaitu kubis bulat import, ubi kentang import, bawang putih, ikan bawal putih dan udang putih termasuk dalam senarai SHMMP di Kelantan.

“Setakat ini, bahan mentah mencukupi dan kita tidak menerima aduan daripada pasar raya mengenai kekurangan bekalan itu,” katanya selepas menjalankan pemantauan di sebuah kilang membungkus minyak masak peket bersubsidi di Bandar Utama di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Azman berkata, pihaknya juga membuat pemantauan bekalan telur ayam di pasar raya di negeri ini dan mendapati bahan mentah itu masih berkurangan.

Katanya, bagaimanapun, bekalan telur omega dilihat masih mencukupi untuk menampung keperluan pengguna.

Tambahnya, setakat ini, bekalan telur import juga masih belum masuk ke pasaran Kelantan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI