fbpx

Anak OKU umur 21 tahun dijaga seperti bayi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAMLE (kanan) menunjukkan kaki Mohamad Arif Hakimi yang membengkak di samping isterinya, Murni (berkerusi roda) dan Nor Aloah di rumah mereka di Kampung Bukit Palas, Cherating.

KUANTAN – Seorang suami dari Kampung Bukit Palas, Cherating di sini, terpaksa berhenti kerja sebagai tukang cuci di sebuah hotel semata-mata ingin menjaga isteri serta seorang anak orang kelainan upaya (OKU) yang kini menderita sakit.

Menurut Ramle Mamat, 59, keputusan sukar yang dibuat itu menyebabkan dia terpaksa bergantung sepenuhnya kepada simpanan sendiri selain wang dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Katanya, dia kini sepenuh masa menjaga isteri, Murni Md Daud, 58, yang menghidap pe­nyakit radang sendi dan anak bongsunya, Mohamad Arif Ha­kimi, 21, yang menghidap pe­nyakit ‘kaki gajah’.

“Isteri terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak sejak tiga tahun lalu.

“Anak bongsu pula disahkan sebagai OKU sejak lahir, namun sejak Arif menghidap penyakit ‘kaki gajah’, dia perlukan penja­gaan rapi seperti seorang bayi.

“Namun, ujian darah yang dilakukan setakat ini tidak mengesan cacing (filaria) yang menjadi punca penyakit itu,” katanya.

Ramle memberitahu, wang simpanan yang ada ketika ini mungkin hanya bertahan selama dua tahun termasuk untuk menampung kos pengajian anak kelimanya, Nor Aliah Safiah, 23, yang merupakan OKU pende­ngaran dan kini masih belajar dalam bidang kulinari.

“Saya ada menerima bantuan prihatin dari kerajaan negeri di mana wang tersebut digunakan sepenuhnya untuk perbelanjaan perubatan anak.

“Kini saya bergantung sepenuhnya dengan baki wang simpanan yang ada,” katanya.

Dalam pada itu, Pemudah Cara Amal Tim Cherating, Jamilah Salleh berkata, pihaknya telah mengambil tindakan sewajarnya bagi membantu keluarga Ramli termasuk memudahkan urusannya untuk membuat permohonan bantuan zakat dari­pada Maj­lis Ugama Islam dan Adat Resam Negeri Pahang (MUIP).

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan bantuan ke akaun CIMB Bank milik Ramli bernombor 7036390629 (Ramle Bin Mamat) atau menghubungi talian 014-2126099.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI