fbpx

Warga emas maut jatuh pokok kelapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat mangsa yang ditemui terbaring selepas terjatuh dari sebatang pokok kelapa di Kampung Jal Kechik, Tumpat hari ini. FOTO IHSAN KELUARGA

TUMPAT – Seorang warga emas maut selepas dipercayai terjatuh semasa sedang memetik buah kelapa di sebatang pokok setinggi 20 meter di Kampung Jal Kechik di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, mangsa, Abdul Mutalib Hussin, 69, ditemui dalam keadaan terbaring di bawah pokok kelapa oleh pemilik kebun.

Ahli keluarga mangsa, Sabri Ya, 56, berkata, mangsa sedang memetik buah di kebun itu sebelum dipercayai terjatuh dari pokok kelapa.

“Saya terus bergegas ke lokasi kejadian sebelum mendapati Abdul Mutalib sudah berada dalam keadaan terbaring tidak sedarkan diri di bawah pokok kelapa. Pihak polis kemudian membawa mayat mangsa dibawa ke Hospital Tumpat di sini untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Sabri, jenazah mangsa dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jal Kechik di sini petang ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dolah ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI