fbpx

Wang Bantuan Awal Persekolahan lebih RM100,000 disamun depan bank

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Murid-murid di sebuah sekolah di Beranang, terpaksa berputih mata apabila wang Bantuan Awal Persekolahan (BAP) lebih RM100,000 telah disamun depan sebuah bank pagi tadi.

Wang itu dipercayai dikeluarkan dari sebuah bank tempatan oleh pengetua sekolah berkenaan di Pekan Semenyih pada pukul 10.10 pagi, secara bersendirian.

Difahamkan selepas selesai urusan tersebut pada pukul 11 pagi, pengetua terbabit meletakkan wang itu di bawah kerusi penumpang hadapan keretanya yang diparkir lebih kurang 30 meter dari bank.

Selepas itu, dia meninggalkan kereta tersebut dan ke restoran bersebelahan bank untuk membeli minuman.

Namun selepas 15 minit dan kembali ke kereta, didapati cermin kereta belakang sebelah kanan telah dipecahkan dan wang tersebut didapati hilang.

Sementara itu,  Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

Jelas beliau,aduan itu diterima pada pukul 12.17 tengah hari daripada mangsa, lelaki tempatan berusia 50 tahun dan merupakan guru besar di sebuah sekolah di Semenyih. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI