KANGAR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu beliau tidak ada kaitan dengan keputusan UMNO supaya jawatan Presiden UMNO dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan dalam pemilihan parti itu.
“Saya sudah tinggal UMNO lama, 30 tahun sudah, jadi tidak ada kena mengena dengan UMNO,” katanya kepada pemberita selepas hadir Majlis Amanat Perdana Menteri bersama Penjawat Awam di negeri ini di Kangar hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya tentang keputusan UMNO meluluskan usul supaya dua jawatan tertinggi itu tidak dipertandingkan pada pemilihan akan datang. – KOSMO! ONLINE