fbpx

‘Rumah halimunan’ di tengah gurun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rumah halimunan ini terletak di California Selatan. - The Mega Agency

SACRAMENTO, CALIFORNIA – Sebuah ‘rumah halimunan’ yang terletak di negeri California, Amerika Syarikat (AS) ditawarkan untuk dijual pada harga £14 juta (RM74.2 juta), lapor akhbar The Sun kelmarin.

Rumah yang berkeluasan 510 meter persegi itu dilengkapi susunan cermin di bahagian luar yang memantulkan pemandangan gurun di kawasan tersebut.

Kediaman itu telah dipaparkan dalam rancangan di Netflix, The World’s Most Amazing Vacation Rentals.

Ia juga terkenal dalam kalangan selebriti termasuk penyanyi Demi Lovato dan deejay AS, Diplo yang pernah tinggal di sana.

Pemiliknya, Chris dan Roberta Hanley berkata, rumah yang terletak di gurun Joshua Tree, California Selatan itu sebahagiannya diilhamkan oleh filem sains fiksyen bertajuk ‘2001: A Space Odyssey’.

Di antara bilik tidur utama dan dua bilik tidur lain, terdapat ruang tamu terbuka yang besar yang menempatkan sebuah kolam renang sepanjang 30 meter. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI